Tuesday, July 25, 2006

Saya tergolong dalam...?[bahagian dua]


Terang.Jujur.

Ada yang saya kenali boleh melaluinya dengan mudah. Keputusan untuk diri. Bagi saya ramai yang begini. Yang bertindak berasaskan kemahuan hati.

“Sellfish betul diorang nih. Tak pernah fikir perasaan orang langsung,”pernah sekali teman saya merungut.
“Jangan pandang negatif. Tak elok. Mungkin dia tidak sengaja,”balas yang seorang lagi.

Saya bersetuju dengan yang kedua. Usah jadi pessimist. Terimalah hakikat. Inilah sifat manusia. Bukan tidak memirkan perasaan orang, barangkali kurang sahaja. Bagi saya ini normal. Manusia yang memikirkan tentang keperluan dan kemahuan diri. Normal.

Dan ada juga yang di sekeliling saya yang bukan seperti yang di atas. Mereka lain. Tidaklah saya panggil mereka abnormal. Saya gelarkan golongan hebat. =) Mereka sanggup menahan kemahuan hati sendiri untuk menjaga kehendak dan perasaan orang lain. Suara hati yang lebih murni. Saya kagum. Pelik pun ada. Betul ke? Macam mana? Susah tak? Gembira ke? Sampai bila? Memang benar. Mereka hebat. Letakkan diri selepas orang lain. Bukan sebelum. Susah atau senang bergantung pada kekuatan hati. Mereka pasti gembira jika tidak melihat kedukaaan orang.

Selagi bernafas, gembiralah orang di sekelilingnya. =)

Sunday, July 23, 2006

Saya tergolong dalam . . . . . ? [bahagian satu]


Pesan seorang teman, kalau nak tulis biarlah jujur. Biarlah datang dari hati. Biar ikhlas.

Lagi yang saya dengar, kalau nak tulis biarlah lembut bahasanya. Biar beradat. Melayu yang beralas katanya.

Saya cuma mendengar. Melihat. Yang mana termampu, saya buat. Kalau tak, saya sampaikan pada yang lain. Manalah tahu, mungkin mereka mampu.

Mudahkah? Berlaku jujur tapi berlapik. Terang tapi beralas. Mungkin memudahkan kerana boleh mengelakkan kesusahan. Cuma kadang kala sukar untuk disampaikan sepenuhnya apa yang terpendam. Saya begitulah. Yang lain tidak saya tahu. Antara kemahuan diri dan perasaan orang lain. Antara keinginan dan perhubungan.

Saturday, July 22, 2006

Berpeluh-peluh dibuatnya


Alhamdulillah. Selesai pembentangan praktikal saya semalam. Sudahlah saya terlewat. ‘Slide’ untuk presentation pun cukup-cukup 15 sahaja. Masa diberi 20 minit. Saya tidaklah risau tentang masa. Cuma isi yang saya bentangkan itu cukupkah? Itu yang tidak henti-henti saya soal sehinggalah nama saya dipanggil.

Sewaktu melihat rakan-rakan lain di depan. Risau dan cemburu bercampur baur. Mereka semua praktikal di makmal. Penuh laporan tentang projek makmal mereka. Siap kaedah dan hasil. Manual penggunaan radas pun ada. Saya? Praktikal di dalam hutan. Coverage telefon pun tiada di situ. Apatah lagi makmal besar dan alatan canggih seperti mereka. Fuh! Sudahlah tangan saya jenis berpeluh, makin laju pula airnya pagi semalam.

Saya gagahkan jua kaki.
“Hentam je lah, Syafiq. Buat apa sama dengan orang? Sama bukan beerti selamat,”saya cuba menyedapkan hati.

Tuhan itu Maha Adil. Dia tidak memberi ujian yang tidak mampu dipikul hambaNya.
Sebaik sahaja dibuka sessi soal jawab, bertalu-talu soalan diajukan kepada saya. Semuanya ingin mengetahui lebih lanjut. Saya seolah tidak percaya. Apalah sangat cerita saya di hutan Bukit Rengit jika dibandingkan dengan pengalaman mereka? Tapi itulah, rakan-rakan semuanya menunjukkan minat. Sedang saya sibuk menjawab soalan-soalan mereka, En Damanhuri bangun mencelah. Memuji persembahan saya. Katanya sangat menarik dan tidak membosankan.

Saya terkejut. Rekod saya di kelas tidaklah baik seperti rakan yang lain. Ada juga beberapa kelas pagi yang saya ‘kantoi’ gara-gara bangun lewat. Alhamdulillah. Besar sungguh kuasa Mu Tuhan. Setiap kesulitan yang hadir pasti disusuli dengan kemudahan.

Bukan pujian yang ingin saya ceritakan,sahabat. Cuma pesanan kepada diri saya yang sering juga saya lupa. Jadilah diri kita. Tidak perlu gusar dengan majoriti. Sama bukan beerti selamat.

Friday, July 21, 2006

Yang tak nampak lebih dirasai...

Seorang teman pernah meminjamkan sebuah buku berjudul ‘Tuesday with Morrie’ kepada saya 2 bulan yang lepas.Pada masa itu saya baru mengenalinya. Juga baru pertama kali melihat sebahagian (mungkin) koleksi novel-novel miliknya dalam sebuah kotak.Saya suka membaca.Puzo, Grisham, Brown, Petterson adalah antara yang terbaik bagi saya.Tapi hari itu bukan karya mereka yang saya pinjam.Saya meminta teman saya itu supaya memilih buku yang baginya terbaik untuk saya pinjam.”Yang paling best tau,”pesan saya kepadanya.Dia hanya tersenyum,lantas tangannya mencapai buku ‘Tuesday with Morrie’ dan menyerahkannya kepada saya.Kecil sahaja.Tidaklah setebal karya King atau Brown.Hati kecil berdetik,”betul ke best ni?”

Saya berjalan pulang ke bilik.Erat buku tadi digenggam di tangan.Senyuman teman saya tadi penuh makna.Bersahaja.Tapi bermakna.

Setelah mula membaca.Saya mula kagum.Kalau dibuat graf,kecerunan akan naik setiap kali helaian baru saya selak.Kadang saya leka.hinnga nama dipanggil pun tidak saya sahut.Sering saya mencari buku fiksyen.Kisah misteri.Kisah mafia.Tapi kali ini saya diajar sesuatu yang baru.Saya diajar untuk belajar.Saya belajar untuk berkongsi.Berkongsi ilmu,pengalaman dan pengetahuan.Novel ini berkisahkan cerita kehidupan menghadapi kematian.Dalam perspektif yang jarang dapat kita temui.Ada.Cuma jarang sekali.

Kisah mengenai professor di bawah juga sebahagian yang saya baca dalam buku ini.Kisah benar.

Jika ada kesempatan,akan saya cuba untuk berkongsi lagi apa yang telah saya belajar.Mungkin bukan sekarang.Soon but not very soon(bak kata best buddy saya).InsyaAllah.

Terima kasih,teman.Mengajar saya sesuatu dengan caramu yang tersendiri.

Sewaktu saya memulangkan buku itu,berkali-kali saya katakan pada teman saya itu bahawa saya sangat menghargai buku yang dipinjamkan kepada saya itu.Mungkin dalam nada bergelak ketawa.Tapi ikhlas dari hati.Saya benar-benar memaksudkannya.Seolah-olah ucapan terima kasih saya itu sebenarnya tidak cukup.Itu sahaja yang termampu.Semoga Dia yang Maha Esa dapat membalasnya.Amin.

Wednesday, July 19, 2006

Cerita wad gila itu..


Hari ni saya ingin berkongsi suatu cerita dengan semua.

Pernah saya baca kisah seorang professor di luar negara yang buat kajian di wad gila.Ceritanya ada seorang pesakit wanita yang menarik perhatian professor ini.Bukan kerana parasnya.Bukan lunak suaranya.

Semuanya kerana rutin wanita itu.Setiap pagi dia akan pergi ke tengah dewan,berbaring seolah-olah cuba mendengar sesuatu dari bawah lantai (kepalanya dilekapkan ke lantai).Tidak kira siapa yang lalu lalang,siapa yang memanggilnya, riuh pikuk keadaan wad itu,dia hanya akan bangun setelah senja,makan dan tidur.Keesokkan harinya tetap dengan rutinnya.Masih sama.Begitulah setiap hari.

Lalu si professor mengambil keputusan untuk mendekatinya.Setiap pagi si professor akan meniru tingkah laku pesakit wanita itu.Berbaring betul-betul di sebelahnya.Setiap hari.Setelah beberapa minggu, professor itu mula dapat masuk ke dalam dunia wanita itu.Apa yang disuruh oleh si professor dituruti dengan mudah oleh wanita itu.Dia sudah mula makan tengah hari (atas nasihat professor itu).Dia juga mula membuat aktiviti lain.Bersiar-siar.Bermain-main.Tidak lagi hanya berbaring di tengah dewan.

Semua doktor dan jururawat kagum dengan si professor.

Terangnya mudah, si pesakit hanya perlukan perhatian.Dia mahu ada orang menyedari kewujudannnya di sini.Itu caranya.Cara dia mendapatkan perhatian.

Orang yang kurang waras pun perlukan perhatian.Apatah lagi kita.Manusia biasa.Jarang mampu hidup bersendirian.

Mungkin disebabkan ini saya kini berada di dunia ‘blog’ ini.Dapatkan perhatian?Perlukah? =)

Tidak salah untuk yang berfikiran begitu.Tapi jika diamalkan sikap optimist lebih elok.Lebih manis jika dikata semua ini sebagai medium untuk berkongsi pengalaman.Memberi bahan bacaan untuk perjalanan orang lain.Dan membaca pengembaraan mereka.

Salamzzz~

Tuesday, July 18, 2006

. . . .


...perlu jugak yang tak perlu...


-------- Kata pojan n luppi (kat IKB), "wat la blog..best..nnt leh wat link ngan kitorang.."

Aku balik ukm lebih kurang 2 minggu lepas. Sibuk dengan minggu orientasi. Kemudian minggu pendaftaran kursus. Sibuk lagi. Masuk minggu ni, alhamdulillah, ada lah ruang nak bernafas.
Sedar tak sedar, sekarang aku kat depan pc. Cuba bercerita dalam diam. Cerita apa aku belum pasti. Mungkin tentang aku. Pengenalan mungkin. Perlu kah? Hmmm, tak perlu asyik buat benda yang perlu je kan?

ok, here it goes.

I find myself thinkin' about yesterday. Best gak ble igt zaman muda2 dulu nih..hihi..tp..ade gak part yg xbest. Aku bukannye perfect. Ye la, in the moment that it takes when u find u made your mistakes but then, when u turn around, hmmm, u turn around n it's gone...hmmm..camtula.. Ssh nk xplain sbenarnye. I can cry myself to sleep at night but still i can't change the things i've done, i had it there then it slipped away...Ya,u know, juz like u left the song unsung.

Hmm..sumtimes i wonder, how was i to know i would be d lucky one?? Probs keep coming..no matter how hard i tried to fight it till at 1 moment tuh, most of us pon leh give up. Cuma,ada one thing i alwiz remember. There's alwiz the bright side in e'thing. U know, apa pon jadi mesti ada hikmah dia. And so d story goes. Sometimes i juz wanna run away but i never know what might be comin' round my way..so..i kept on walking.

Life aku x la smooth mcm yg aku nk. Ups n downs tu dh lumrah. Lucky me, somehow i still managed to come this far. Alhamdulillah...thanks to Him. I had my FAMILY n frens dat never hesitate to lend their arms n ears 4 me whenever i needed 'em. Thhx 2 all of u!! Hanya Dia yang mampu membalasnya. Plus, lucky 4 me too, He sent me d best strenght to help me rise from e'thin. Sumone i've been wishing 4 so long. She stays right beside me through thick n thin...her trust 4 me made me stronger n stronger e'day...thankx a lot to her too~

OK la.....tu je la here n there pasal life aku. xbest pon..tp 4 me..itz a great one...!!

God knows how i feel now...

~ i started this blog of mine in Sham's room (with some 'wise' advice from Mr. Udin Siput) . . .

bebudak nih menyebok di kiri dan kanan aku.kat merata-rata tempat diorg ade.abes sumer yang aku tulih diorang komen.masalahnyer komen2 diorg nih 'sgt' membina sampai abes sumer mood aku yang aku dh kumpul selama 1 ari nak wat blog mlm ni.aku pon xtau naper diorang xtido lagi mlm2 buta(xcept 4 sham laa,coz aku tgh guna pc dia nih..hehe).yg si din ngan nape' nih mmg suka merempat kat blk org kot.terpaksa laa aku mencemarkan post2 aku yang awal ni ngan nama diorg yang xbest tuh.kira diorg bertuah laa sbb berpeluang nk xpose diri diorg dlm life aku.

sham pon dh nk tido nih.dia dh baring2 atas katil(kira bagi sign kat aku supaya aku blah ke bilik aku..haha).chow cincau dulu.~

aku suka lagu nih..


Kenangan Terindah

aku yang lemah tanpamu
aku yang rentan karena
cinta yang tlah hilang darimu
yang mampu menyanjungku

selama mata terbuka
sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu

darimu, kutemukan hidupku
bagiku, kau lah cinta sejati

bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang telah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah