Wednesday, July 19, 2006

Cerita wad gila itu..


Hari ni saya ingin berkongsi suatu cerita dengan semua.

Pernah saya baca kisah seorang professor di luar negara yang buat kajian di wad gila.Ceritanya ada seorang pesakit wanita yang menarik perhatian professor ini.Bukan kerana parasnya.Bukan lunak suaranya.

Semuanya kerana rutin wanita itu.Setiap pagi dia akan pergi ke tengah dewan,berbaring seolah-olah cuba mendengar sesuatu dari bawah lantai (kepalanya dilekapkan ke lantai).Tidak kira siapa yang lalu lalang,siapa yang memanggilnya, riuh pikuk keadaan wad itu,dia hanya akan bangun setelah senja,makan dan tidur.Keesokkan harinya tetap dengan rutinnya.Masih sama.Begitulah setiap hari.

Lalu si professor mengambil keputusan untuk mendekatinya.Setiap pagi si professor akan meniru tingkah laku pesakit wanita itu.Berbaring betul-betul di sebelahnya.Setiap hari.Setelah beberapa minggu, professor itu mula dapat masuk ke dalam dunia wanita itu.Apa yang disuruh oleh si professor dituruti dengan mudah oleh wanita itu.Dia sudah mula makan tengah hari (atas nasihat professor itu).Dia juga mula membuat aktiviti lain.Bersiar-siar.Bermain-main.Tidak lagi hanya berbaring di tengah dewan.

Semua doktor dan jururawat kagum dengan si professor.

Terangnya mudah, si pesakit hanya perlukan perhatian.Dia mahu ada orang menyedari kewujudannnya di sini.Itu caranya.Cara dia mendapatkan perhatian.

Orang yang kurang waras pun perlukan perhatian.Apatah lagi kita.Manusia biasa.Jarang mampu hidup bersendirian.

Mungkin disebabkan ini saya kini berada di dunia ‘blog’ ini.Dapatkan perhatian?Perlukah? =)

Tidak salah untuk yang berfikiran begitu.Tapi jika diamalkan sikap optimist lebih elok.Lebih manis jika dikata semua ini sebagai medium untuk berkongsi pengalaman.Memberi bahan bacaan untuk perjalanan orang lain.Dan membaca pengembaraan mereka.

Salamzzz~

2 Comments:

Blogger s.y.a.f.i.q said...

pojan...
insyaalah..u guyz rocks!!aku takkan lupa korang...

12:21 AM  
Blogger s.y.a.f.i.q said...

tq,cik siput..tq 4 dropping by..pEace..!! heeee~

12:20 PM  

Post a Comment

<< Home