Tuesday, August 01, 2006

~Sesudah seminggu~

Sudah beberapa hari tidak saya tulis apa-apa di sini. Lebih tepat, seminggu. Badan kurang sihat. Ini pun masih dalam selsema dan batuk. Dua tiga orang teman saya juga demam. Musim agaknya.

Dalam demam-demam ini pun saya baru selesai sebuah skrip untuk produksi TEKAD (teater kamsis D). Asalnya memang hanya memantau. Penat sudah saya terlibat dengan TEKAD. 3 tahun. Letih badan. Sakit hati. Pedih telinga. Tawa gembira. Senyum bangga. Semua sudah saya rasa di dalamnya. Tahun ke empat ini berilah peluang kepada yang muda, bisik hati kecil saya.

Namun, sayang itu masih ada. Tak sanggup saya lihat mereka terkontang-kanting mencari haluan dalam masa sesingkat 2 minggu sahaja yang tinggal. Skrip yang ada tidak sesuai.

Drama tari. Saya pun tak pernah merasainya. Tak peliklah haru biru skrip yang ada. Tiada pengalaman. Saya maafkan mereka.

Hari pertama saya melihat skrip yang digunakan, terus saya memanggil beberapa teman rapat duduk berbincang. Semua pun adik-adik saya dalam kelab. Kami cari ilham yang baru. Bersetuju untuk tidak bersetuju dengan skrip yang ada. Semua pun seperti saya. Risau. Saya dapat lihat di mata mereka. Tanggungjawab mereka berat. Meneruskan tradisi yang sekian lamanya dibuat. Memberi persembahan yang menghiburkan. Dengan pengisian.

Saya selesai skrip baru semalam. Masih belum diberi tajuk pun!! Sukar sebenarnya menghasilkan drama tari. Ini pun saya tidak pasti memenuhi kehendak juri atau tidak. Saya harap Aliah (juga ahli TEKAD – tapi sudah tamat pengajiannya di UKM) dapat datang untuk babak tari. Memang saya kaku menyusun kaki-kaki. Aliah memang hebat bab ini!

Harap untuk produksi selepas ini saya tidak perlu lagi bersetuju untuk tidak bersetuju dengan skrip yang ada. Mudahlah kerja semua. =)