Saturday, July 22, 2006

Berpeluh-peluh dibuatnya


Alhamdulillah. Selesai pembentangan praktikal saya semalam. Sudahlah saya terlewat. ‘Slide’ untuk presentation pun cukup-cukup 15 sahaja. Masa diberi 20 minit. Saya tidaklah risau tentang masa. Cuma isi yang saya bentangkan itu cukupkah? Itu yang tidak henti-henti saya soal sehinggalah nama saya dipanggil.

Sewaktu melihat rakan-rakan lain di depan. Risau dan cemburu bercampur baur. Mereka semua praktikal di makmal. Penuh laporan tentang projek makmal mereka. Siap kaedah dan hasil. Manual penggunaan radas pun ada. Saya? Praktikal di dalam hutan. Coverage telefon pun tiada di situ. Apatah lagi makmal besar dan alatan canggih seperti mereka. Fuh! Sudahlah tangan saya jenis berpeluh, makin laju pula airnya pagi semalam.

Saya gagahkan jua kaki.
“Hentam je lah, Syafiq. Buat apa sama dengan orang? Sama bukan beerti selamat,”saya cuba menyedapkan hati.

Tuhan itu Maha Adil. Dia tidak memberi ujian yang tidak mampu dipikul hambaNya.
Sebaik sahaja dibuka sessi soal jawab, bertalu-talu soalan diajukan kepada saya. Semuanya ingin mengetahui lebih lanjut. Saya seolah tidak percaya. Apalah sangat cerita saya di hutan Bukit Rengit jika dibandingkan dengan pengalaman mereka? Tapi itulah, rakan-rakan semuanya menunjukkan minat. Sedang saya sibuk menjawab soalan-soalan mereka, En Damanhuri bangun mencelah. Memuji persembahan saya. Katanya sangat menarik dan tidak membosankan.

Saya terkejut. Rekod saya di kelas tidaklah baik seperti rakan yang lain. Ada juga beberapa kelas pagi yang saya ‘kantoi’ gara-gara bangun lewat. Alhamdulillah. Besar sungguh kuasa Mu Tuhan. Setiap kesulitan yang hadir pasti disusuli dengan kemudahan.

Bukan pujian yang ingin saya ceritakan,sahabat. Cuma pesanan kepada diri saya yang sering juga saya lupa. Jadilah diri kita. Tidak perlu gusar dengan majoriti. Sama bukan beerti selamat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home