Tuesday, July 25, 2006

Saya tergolong dalam...?[bahagian dua]


Terang.Jujur.

Ada yang saya kenali boleh melaluinya dengan mudah. Keputusan untuk diri. Bagi saya ramai yang begini. Yang bertindak berasaskan kemahuan hati.

“Sellfish betul diorang nih. Tak pernah fikir perasaan orang langsung,”pernah sekali teman saya merungut.
“Jangan pandang negatif. Tak elok. Mungkin dia tidak sengaja,”balas yang seorang lagi.

Saya bersetuju dengan yang kedua. Usah jadi pessimist. Terimalah hakikat. Inilah sifat manusia. Bukan tidak memirkan perasaan orang, barangkali kurang sahaja. Bagi saya ini normal. Manusia yang memikirkan tentang keperluan dan kemahuan diri. Normal.

Dan ada juga yang di sekeliling saya yang bukan seperti yang di atas. Mereka lain. Tidaklah saya panggil mereka abnormal. Saya gelarkan golongan hebat. =) Mereka sanggup menahan kemahuan hati sendiri untuk menjaga kehendak dan perasaan orang lain. Suara hati yang lebih murni. Saya kagum. Pelik pun ada. Betul ke? Macam mana? Susah tak? Gembira ke? Sampai bila? Memang benar. Mereka hebat. Letakkan diri selepas orang lain. Bukan sebelum. Susah atau senang bergantung pada kekuatan hati. Mereka pasti gembira jika tidak melihat kedukaaan orang.

Selagi bernafas, gembiralah orang di sekelilingnya. =)

5 Comments:

Blogger lutfi lukman said...

Ada masalah membuat keputusan? Aku ada satu soalan...hati atau kata?

Kata harus dikota? atau
Hati mahu diikuti?

9:03 PM  
Blogger Nurhidayati Abd Aziz said...

Apathy, dan empathy; dua perkara ini agaknya yang boleh disimpulkan dari entri Syafiq kali ini.

Dua-duanya juga sifat manusia, letak sama tinggi; Ati kira. Tak lebih dari satu dan tak kurang juga. Cuma lama-lama kadangkala akibat generalization kita mula menilai ikut apa orang kata - empathy itu baik, apathy itu tidak. Sedangkan kita manusia sampai bila-bila pun masih punya upaya untuk meletakkan apa saja nilai pada apa saja suasana - asal saja kita cuba melihat dan berfikir dengan hati.

Jaga diri, kawan :)

6:54 PM  
Blogger s.y.a.f.i.q said...

luppi,

salah kata jika tak dikota.
sesal hati tak diikuti.

salah dan sesal aku sama timbangnya.

help.plz.

2:29 AM  
Blogger s.y.a.f.i.q said...

ati,

kadang kala kita melihat di kala kita spatutnya mendengar.

dan kadang kala kita gagal melihat apa yang sepatutnya kita nampak.

kepuasan itu letaknya tinggi di mata penilai - sepatutnya.

u take care 2.

2:35 AM  
Blogger lutfi lukman said...

Benar bagi semua. Hati itu menjadikan manusia, manusia. Namun bagi aku. Kota kata itu menjadikan manusia, lebih manusia. Kiranya asal tidak hati sampai jadi hitam, kota kata aku akan tetap kukuh, tidak akan aku roboh. Tapi itu hanya kata hidup aku. Hidup kamu punya bahasa sendiri.

9:45 AM  

Post a Comment

<< Home