Sunday, July 23, 2006

Saya tergolong dalam . . . . . ? [bahagian satu]


Pesan seorang teman, kalau nak tulis biarlah jujur. Biarlah datang dari hati. Biar ikhlas.

Lagi yang saya dengar, kalau nak tulis biarlah lembut bahasanya. Biar beradat. Melayu yang beralas katanya.

Saya cuma mendengar. Melihat. Yang mana termampu, saya buat. Kalau tak, saya sampaikan pada yang lain. Manalah tahu, mungkin mereka mampu.

Mudahkah? Berlaku jujur tapi berlapik. Terang tapi beralas. Mungkin memudahkan kerana boleh mengelakkan kesusahan. Cuma kadang kala sukar untuk disampaikan sepenuhnya apa yang terpendam. Saya begitulah. Yang lain tidak saya tahu. Antara kemahuan diri dan perasaan orang lain. Antara keinginan dan perhubungan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home